Previu Filem: Redha (Beautiful Pain)
Daily Seni
Mei 23, 2015 08:21 MYT
Mei 23, 2015 08:21 MYT
Bayangkan anda mempunyai seorang anak autistik, bagaimanakah cara yang betul untuk anda membesarkannya? Apakah layanan yang sesuai untuk anak anda? Bagaimanakah cara didikan yang sesuai untuk anak itu? Apakah pantang larang yang perlu dipatuhi dalam mengajar anak tersebut?
Persoalan-persoalan inilah yang cuba ditonjolkan oleh Tunku Mona Riza dalam filem terbaru arahannya, ‘Redha Beautiful Pain’.
Sebuah filem drama yang berkisarkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak autistik.
Hal ini secara langsung dapat mendidik masyarakat tentang kesedaran bagi penyakit autism dan memberi lebih pendedahan kepada masyarakat tentang penyakit ini.
Antara pelakon utama bagi filem ini seperti Namron yang bertindak sebagai Razlan, Junainah (June) sebagai Alina, Nadia Nisaa sebagai Shasha, Remy Ishak sebagai Azim, Mak Mah sebagai Mak Jah dan Susan Lankester bertindak sebagai Katrina. Harith Haziq pula sebagai Daniel ketika kanak-kanak dan Izzyreef sebagai Daniel ketika dewasa.
Filem ini sedang menjalani penggambaran ketika ini dan memilih beberapa lokasi di Selangor seperti Pusat Akuatik Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur serta Terengganu.