Power Rangers gagal atasi kutipan Beauty and the Beast
Madiha Abdullah
Mac 27, 2017 14:25 MYT
Mac 27, 2017 14:25 MYT
FILEM Power Rangers yang baru ditayangkan Jumaat lalu nampaknya gagal menggugat pengaruh Beauty and the Beast.
Ini terbukti apabila kutipan minggu pembukaan Power Rangers gagal mengatasi kutipan Beauty and the Beast.
Portal TIME melaporkan, biarpun berada di tempat kedua, namun jumlah kutipan Power Rangers jauh ditinggalkan filem adaptasi kisah dongeng itu.
Tayangan sehingga hujung minggu di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan Beauty and the Beast kukuh di tangga pertama dengan kutipan AS$88.3 juta.
Power Rangers di tempat kedua mencatat kutipan AS$ 40.5 juta.
Di tempat ketiga adalah filem Kong: The Skull Island.
Dianggarkan kira-kira 60 peratus penonton Power Rangers adalah lelaki, manakala penonton Beauty and the Beast pula adalah wanita.