Positif Inluenza A, Syifa Melvin ditahan di hospital
Gempak
Disember 24, 2018 10:00 MYT
Disember 24, 2018 10:00 MYT
ADIK kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin, 24 tahun, dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari akibat positif Influenza A.
Menerusi ruangan entri di Instagram (IG) miliknya, Syifa menceritakan dia sudah seminggu demam malah sudah ke klinik untuk mengambil suntikan namun tetap tidak kebah.
"Hi, kita bosan lah duduk hospital..Korang buat pettuww?
"Cuma nak pesan kalau demam on off tu jangan amek mudah ok, macam Syifa dah seminggu demam, pergi klinik amek injection pun tak jalan, pergi hospital amek darah result positive Influenza A," tulisnya.
Selain itu, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin turut berpesan kepada pengikutnya supaya tidak mengambil mudah mengenai penyakit demam yang berlanjutan selama beberapa hari kerana bahaya jika tidak diberi rawatan.
"Bahaya kalau tak treat, kena p hospital dan makan ubat antiviral ... Jangan amek mudah ok!" tulis Syifa.