Popcorn disangka earpod, status Jamie Lee Curtis cuit hati peminat

Astro Awani
Februari 10, 2021 04:04 MYT
Status itu ternyata mendapat reaksi pelbagai daripada peminatnya namun yang jelas, kebanyakannya terhibur dengan insiden itu. - Foto Instagram/curtisleejamie
HANYA duduk di rumah selama berhari-hari bahkan mungkin berminggu-minggu kadangkala mungkin boleh memberi kesan kepada mental dan fizikal seseorang.
Mungkin itulah yang berlaku kepada pelakon terkenal Hollywood, Jamie Lee Curtis.
Menerusi hantaran di Instagram beliau, Jamie Lee mencuit hati peminatnya apabila memasukkan bertih jagung ke telinga, disangkakan ‘earpod’.
“Jadi, saya nampaknya benar-benar hanyut dengan tempoh 'berkurung' ini.
"Saya masukkan 'earpod' ke dalam telinga dan kemudian, saya keliru kenapa saya tak dengar apa-apa bunyi," tulisnya.
Status itu ternyata mendapat reaksi pelbagai daripada peminatnya namun yang jelas, kebanyakannya terhibur dengan insiden itu.
Malah ia kelihatan lebih kelakar selepas pelakon itu turut menunjukkan bertih jagung yang disumbat ke telinganya.
Muat-muat saja saiznya, persis ‘earpod’!
#Instagram #Hollywood #Jamie Lee Curtis #earpod #bertih jagung #pop corn #tempoh #berkurung #perintah berkurung
;