Polis sahkan Jeon Mi Sun meninggal dunia akibat bunuh diri

Gempak
Julai 1, 2019 20:00 MYT
Mi Sun ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara pada Sabtu. - Astro Gempak

PIHAK polis mengesahkan kematian pelakon Korea Jeon Mi Sun adalah kerana bunuh diri.

Menurut pihak polis Jeonbuk, mendiang hadir ke sebuah hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara berseorangan.

“Jeon Mi Sun masuk ke hotel pada jam 1 pagi secara berseorangan. Selepas dikenal pasti menerusi kamera tertutup (CCTV), memang tiada sesiapapun yang hadir ke bilik hotelnya.

“Tiada bukti mengenai kes pembunuhan atau pecah masuk dan tiada juga surat wasiat yang ditulis,” jelasnya.

BACA: Pelakon terkenal Korea ditemui tidak bernyawa dalam bilik hotel

Difahamkan, Mi Sun juga berdepan dengan masalah kemurungan akibat beberapa peristiwa yang berlaku pada keluarganya.

“Baru-baru ini ada ahli keluarganya telah meninggal dunia dan ibunya juga sakit.

“Disebabkan keadaan itu nampaknya Mi Sun mengalami depresi.

“Dia telah menghubungi bapanya pada jam 1:04 pagi dan dianggarkan kematiaannya berlaku kira-kira 2 jam kemudian.

“Kami menganggarkan masa kematiannya berdasarkan jumlah mereka yang menghubunginya,” katanya.

Terdahulu, Mi Sun ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara pada Sabtu.

Mi Sun dikenali sebagai pelakon sekitar tahun 1990 dan popular dalam berapa siri seperti Memories of Murder, Moon Embracing the Sun dan Hide and Seek.

#artis #bunuh diri #jeon mi sun #Korea #pelakon #selebriti korea
;