Polis Evo 2 raih lebih RM20 juta selepas 17 hari tayangan

Gempak
Disember 11, 2018 16:06 MYT
KUTIPAN RM20 juta selepas 17 hari tayangan merupakan sejarah baharu bagi Polis Evo 2.
FILEM Polis Evo 2 terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan melebihi RM20 juta selepas 17 hari ditayangkan di pawagam.
Filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini terus mencetus fenomena tersendiri dan masih mendapat sambutan baik penonton.
Polis Evo 2 yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Raline Shah a mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.
#Andre Chiew #Erra Fazira #filem Melayu #Joel Soh #polis #Polis Evo 2 #Shaheizy Sam #Zizan Razak
;