'Polis Evo 2' cetus fenomena, kutip RM3.5 juta tayangan pembukaan

Madiha Abdullah
November 23, 2018 19:00 MYT
Polis Evo 2 dibintangi Shahiezy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat dan ramai lagi, mula ditayangkan secara rasmi pada Khamis.
BIARPUN berdepan kontroversi, filem "Polis Evo 2" berjaya mencatat sejarahnya yang tersendiri.
Namun, persoalannya, mampukah filem aksi karya sutradara Joel Soh dan Andre Chiew ini mencetus fenomena dalam industri perfileman tempatan dengan kutipan tertinggi tahun ini?
Menerusi satu kenyataan Astro Shaw, Polis Evo 2 sudah mengutip RM3.5 juta pada hari pembukaan.
Ia mungkin dibantu review hebat daripada penonton yang rata-ratanya menyifatkan ia sebuah filem aksi yang hebat dan 'cukup rencah'.
"Polis Evo 2" dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat dan ramai lagi, mula ditayangkan secara rasmi pada Khamis, 22 Nov, di 146 pawagam di Malaysia dan Brunei.
Ia mengisahkan misi pengintipan yang diketuai Inspektor Sani lakonan Zizan dan Inspektor Khai (Shaheizy) di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur.
Misi itu berdepan cabaran apabila sekumpulan pengganas menyerang dan menawan pulau berkenaan.
#Astro Shaw #filem #polis #Polis Evo 2 #Raline Shah #Shaheizy Sam #Zizan Razak
;