Pok Ya Cong Codei viral, sudah ada fan page & lagu rap

Gempak
Januari 25, 2018 14:00 MYT
Pok Ya Cong Codei, telefilem dialek Kelantan tular di media sosial selepas tayangan bermula 20 Januari.- foto Facebook Group Pok Ya Cong Codei
TELEFILEM dialek Kelantan arahan Sabri Yunus, Pok Ya Cong Codei tular di media sosial selepas ditayangkan pada 20 Januari lalu.
Pok Ya Cong Codei mengisahkan seorang samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan wanita di Kuala Lumpur.
Watak Pok Ya yang dilakonkan sendiri oleh Sabri Yunus tidak semena-mena menjadi buah mulut dalam kalangan penggiat seni dan netizen.
Malah, demi mengiktiraf perjuangan Sabri Yunus mengangkat naskhah unik itu, fan page Facebook khas Pok Ya Cong Codei turut dicipta yang kini sudah mengumpul lebih 1,500 ahli.
"Saya tidak menyangka kewujudan group ini. Terima kasih atas sokongan," tulis Sabri menerusi Instagramnya.
Cong Codei sebenarnya merujuk kepada nama sebuah hotel terkenal di ibu kota iaitu Concorde yang disebut mengikut ejaan bahasa Melayu dengan cara melucukan oleh Sabri Yunus.
Video pendek itu juga mengundang ketawa netizen dan tular di Facebook dan Twitter.
Selain itu, sebuah lagu rap khas dihasilkan oleh netizen menggunakan dialek negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Beberapa dialog yang diucapkan oleh Sabri sepanjang telefilem itu juga turut viral.

Kemah pokya #PokYaCongCodei pic.twitter.com/ScgMCuAtDi

— Musang_berjanggut (@IZahAm_ziN) January 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Duduk kuala lumpur 10 tahun doh, hotel cong codei pun x kenal. #PokYaCongCodei

— NorEtika (@EtikaSyahira) January 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#culik #dialek Kelantan #Facebook #fan page #hotel #Hotel Concorde #Kuala Lumpur #Media #media sosial #Melayu #netizen #Pok Ya Cong Codei #sabri yunus #telefilem #Twitter #video #viral #wanita
;