Places To Go tampil kolaborasi Yuna, penerbit hip hop lagenda DJ Premier

Nizam Bakeri
Februari 21, 2016 18:02 MYT
Yuna bakal mengadakan jelajah Amerika Syarikat dan Eropah April ini yang merangkumi beberapa bandar utama seperti Berlin, Amsterdam, Paris, New York, dan Los Angeles - Foto YouTube/YunaVEVO
YUNA, penyanyi dan komposer terkenal tanahair bakal tampil dengan album studio antarabangsa ketiga selepas Yuna dan Nocturnal sekaligus terus mengharumkan namanya di arena antarabangsa terutamanya di Amerika Syarikat.
Yuna dalam saluran YouTube rasminya, YunaVEVO memuat naik single Places To Go yang bakal menjadi lagu pertama dalam album terbaharunya, Chapters.
Menariknya, Places To Go menampilkan kolaborasi antara Yuna dan penerbit hip hop lagenda, DJ Premier yang merupakan penerbit beberapa album milik bintang muzik dunia seperti Christina Aguilera, Kanye West, Snoop Dogg, dan Limp Bizkit.
Majalah Vibe menyenaraikan DJ Premier di tempat kedua di belakang Dr Dre sebagai penerbit hip hop paling unggul sepanjang zaman.
Kolaborasi mereka nyata ampuh dengan irama Places To Go yang menampilkan penyatuan indah antara dendangan lunak soul milik Yuna dan rentak hip hop DJ Premier.
Album Chapters bakal berada di pasaran 20 Mei ini.
VIDEO: Yuna jelajah Eropah tahun hadapan
VIDEO: Cabaran kuasai pasaran muzik antarabangsa - Yuna
VIDEO: Album baru Yuna berkonsep urban
VIDEO: Album baru bakal pamer sisi matang Yuna
#Album terbaru Yuna #Chapters Yuna #Places To Go Yuna #yuna zarai
;