Pilih jadi transgender selepas menang Oscar 2015

Gempak
Mac 4, 2015 09:14 MYT
Pemenang anugerah Oscar Eddie Redmayne menandatangani kontrak untuk membintangi filem arahan Tom Hooper yang berjudul The Danish Girl. - Foto Astro Gempak
Nama Eddie Redmayne mungkin tidak sehebat bintang-bintang di Hollywood. Pertama kali diberi peluang berada di layar perak menerusi filem The Good Shepherd (2006), jejaka kelahiran kota London ini mula mendapat perhatian selepas membintangi Les Miserables (2012) sebagai Marius Pontmercy.
Tidak sampai sampai dua tahun nama Eddie Redmyane kembali melonjak naik selepas peranannya memegang watak yang sangat sukar iaitu sebagai Profesor Stephen Hawking dalam filem The Theory Of Everything sehingga berjaya meraih Best Actor in a Leading Role di Anugerah Oscars 2015.
Terbaru, berusia 33 tahun ini baru sahaja menandatangani kontrak untuk membintangi filem arahan Tom Hooper yang berjudul The Danish Girl. Apa yang mengejutkan, faktor utama Redmayne bersedia membintangi filem tersebut adalah watak utama yang menampilkan seorang transgender!
Faktor utama Redmayne (gambar) bersedia membintangi filem The Danish Girl adalah watak utama yang menampilkan seorang transgender - Foto Astro Gempak
Menerusi First look yang dipetik menerusi Yahoo Movies menampilkan foto Eddie sebagai Lili Elbe, seorang pelukis berasal dari Denmark yang menjadi orang terawal melakukan operasi penggantian kelamin pada awal tahun 30-an.
Apa yang menarik, bintang Hollywood seperti Nicole Kidman, Marion Cotillard dan Charlize Theron turut ditawarkan watak tersebut terpaksa ditolak.
Pengkritik filem melihat The Danish Girl bakal mengharungi perjalanan yang sukar di Hollywood kerana ianya melibatkan isu transgender yang bakal menjadi protes hebat pihak tertentu.
#Eddie Redmayne #The Danish Girl #The Theory of Everything
;