Pierre pernah lupa diri, mahu lebih fokus

Astro Awani
April 5, 2013 16:50 MYT
Pierre Andre bertekad untuk tidak lagi meletakkan kepentingan peribadi sebagai matlamat utama dalam kehidupan.
Pierre juga mengakui pernah lupa diri dari pengalaman yang dilalui mengajarnya untuk lebih dewasa.
Pierre mula melonjak selepas filem lakonan dan tulisannya, Jangan Pandang Belakang mencatat kutipan pecah panggung ketika berusia 21 tahun.
Kelebihan itu melayakkan anak pelakon Khatijah Tan ini diberi peluang menerajui 9 September sebagai pengarah dan pelakon utama.
Namun, Pierre merajuk selama tiga tahun dan berperang dingin dengan pengurusan naungannya.
Selepas berdepan masalah peribadi sehingga tumpuan pengarahan filem Jangan Tegur terjejas.
Pierre turut mengarahkan Al-Hijab dan Cantek, dia kini kembali ke pangkuan Metrowealth Pictures (MIG) dan ingin lebih fokus.
Apatah lagi, dia bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.
Pierre ditemui selepas majlis doa selamat pelancaran filem terbarunya Perempuan Muka Surat Tujuh yang berlangsung pada Rabu malam.
#Al-Hijab #Jangan Pandang Belakang #Khatijah Tan #Pierre Andre
;