Pesanan video Saharul Ridzwan buat bakal isteri
Gempak
September 15, 2016 20:00 MYT
September 15, 2016 20:00 MYT
MENJELANG majlis pernikahan, aktor Saharul Ridzwan menitipkan pesanan buat bakal isterinya menerusi laman Instagram.
Memuat naik video yang berdurasi 56 saat, Saharul berharap agar perkahwinan yang bakal dibina akan mendapat berkat Allah.
“Apa yang saya harapkan dari awak, sebagai isteri saya nanti, saya harap awak dapat menjadi isteri yang solehah, yang mana dapat membimbing dan juga mendidik saya sebagai seorang suami, untuk menjadi seorang suami yang soleh.
“Ya, memang betul, seorang suami patut mendidik seorang isteri, tapi tak salah kalau awak nak betulkan salah dan silap saya sebab saya pun manusia biasa, banyak salah yang saya akan buat nanti. Minta minta taklah, tiada masalah.
“Tapi itulah yang saya harapkan dari awak, semoga kita dapat membimbing antara satu sama lain dalam perkahwinan ini, diberkati Allah, bukan sekarang saja, sampai bila-bila, sampai ke Jannah, insya-Allah,” kata Saharul menerusi video tersebut.
Majlis perkahwinan Saharul, 27, dan bakal isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung esok di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.