Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14 tahun, mempamerkan skil memandunya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya.
Menurut Cik B, barangan itu akan dihantar kepada pelanggannya yang bertuah.
"Nak COD (Cash On Delivery) ni, kalau nak tahu siapa orang yang bertuah ni, jom ikut Cik B," katanya.
Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen dilihat amat mengagumi kereta mewah dipandu usahawan muda itu.
Kebanyakkannya mereka merasakan Cik B sangat bertuah kerana berpeluang memandu Lamborghini di usia muda.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kelayakan Cik B memandu memandangkan dia masih berusia 14 tahun dan tidak mempunyai lesen.