Pertama kali suami puasa bersama, Lana Nodin upah ayam penyet
Gempak
Jun 19, 2015 12:00 MYT
Jun 19, 2015 12:00 MYT
Pelakon Lana Nodin telah memuat naik video comel suaminya yang tidak sabar untuk menjamah masakannya setelah seharian berpuasa.
Ragam suaminya, David McKienzie menarik perhatian pengikut Instagramnya di mana dia telah bertutur dalam bahasa Melayu dengan sedikit pelat untuk menerangkan apa yang dimasak oleh isterinya.
“Hari ini, isteri saya masak ayam penyet,” katanya yang kemudiannya disambut kembali oleh Lana dengan pertanyaan sama ada suaminya itu berpuasa atau tidak.
Menurut kapsyen di video tersebut, Lana memberitahu bahawa tahun ini merupakan kali pertama suami kesayangannya itu berpuasa dan berbuka bersama keluarganya.
Malah disebabkan suaminya itu tidak sabar untuk berbuka, dia juga telah mengambil keputusan untuk mengusik Lana di dapur.
“First time my hubby @david_mckienzie berpuasa this year n dpt berbuka with my family so kena masak sedap2 untuk dia sebagai upah belajar berpuasa...well done sayang, proud of u...love u so much.
“My hubby @david_mckienzie sibuk kacau org kat dapur...tak sabar nak berbuka la tu...sian, budak bau belajar berpuasa hehe.” tulisnya.
Di samping itu, peminat juga tidak putus-putus memuji Lana kerana pandai menjaga dan mengambil hati suami selain rajin memasak.
Tak percaya?
Jom lihat video di bawah: