Persembahan penuh emosi Kelly Clarkson di pentas American Idol
Syafique Shuib
Februari 27, 2016 07:44 MYT
Februari 27, 2016 07:44 MYT
KELLY Clarkson akhirnya kembali ke pentas American Idol, sempena musim terakhir rancangan realiti nyanyian itu.
Juara musim pertama itu menyanyikan lagu terbarunya ‘Piece By Piece’, dimana lirik lagu berkenaan mengisahkan tentang hubungan dingin antara seorang bapa dan anaknya yang diinspirasikan oleh kehidupan Clarkson sendiri.
Dengan lirik yang begitu mendalam, Clarkson tidak dapat menahan emosinya dan terpaksa berhenti seketika sebelum meneruskan persembahan.
Persembahan beliau mendapat tepukan gemuruh oleh hos Ryan Seacrest, juri tetap Jennifer Lopez, Harry Connick Jr dan Keith Urban.
Para penonton kemudian turut terkesan dengan memanggil nama Clarkson setelah melihat beliau menangis di pentas.
Sumber: YouTube/American Idol
“Saya hamil, ia begitu nostalgik, dan saya tidak percaya ia adalah musim terakhir. Saya minta maaf,” jelas Clarkson setelah membuat persembahan.
Netizen turut memuji persembahan Clarkson.
American Idol membuka tirai pada awal Januari dan musim ke-15 ini adalah musim terakhir sejak ia mula disiarkan pada 2002.