Persembahan memukau! Dua Lipa tawan hati peminat dalam konsert solo

Syakirah Zulkifly
Mei 4, 2018 17:35 MYT
Dua Lipa menawan hati peminat tanah air di konsert solo pertamanya dengan persembahan yang bertenaga menggegarkan pentas KL Live, Kuala Lumpur. -Foto twitter.com/DuaLBrasil
PENYANYI antarabangsa Dua Lipa menawan hati peminat dengan persembahan bertenaga dalam konsert solo pertamanya di ibu kota malam tadi.
Dua Lipa bukan sahaja berjaya tampil dengan persembahan bertenaga, malah dapat mengekalkan vokal yang tinggi sepanjang konsert.
Membuka tirai persembahan penyanyi berusia 23 tahun itu ialah single kelima beliau, “Blow Your Mind (Mwah)” yang membuatkan peminat tidak senang duduk.
Penonton kemudian dihiburkan pula dengan lagu hit beliau, “Scared to Be Lonely” dan single terbaharu yang dikeluarkan awal tahun ini, “IDGAF” dalam satu persembahan yang memukau.
Peminat turut menyanyi bersama terutamanya apabila pelantun suara jelita itu menyampaikan lagu “New Rules”, single yang melonjakkan namanya sebagai penyanyi wanita terkenal tahun lalu.
Sepanjang konsert berlangsung, Dua Lipa bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama penonton, malah beliau tidak henti-henti menyatakan rasa terujanya terhadap sokongan yang diberikan peminatnya.
Paling mengujakan apabila penyanyi itu melontarkan “flying kiss” kepada salah seorang peminat yang sedang merakam persembahan beliau.
Ketika konsert hampir ke kemuncaknya, pentas tiba-tiba dikosongkan serta lampu terpadam. Peminat kelihatan resah dan mula bersorak "We want more!" kerana masih ada dua lagu kegemaran mereka yang amat dinanti-nantikan.
Namun, tidak lama kemudian, Dua Lipa muncul kembali ke pentas dan menyampaikan lagu yang mencatat 240 juta tontonan di YouTube, “IDGAF” dan melabuhkan tirai dengan lagu flagshipnya, “New Rules”.
Persembahan hampir dua jam malam tadi nyata cukup bertenaga hingga ke akhir walaupun beliau agak kepenatan setelah tiba di Kuala Lumpur hanya sehari sebelum daripada konsert di Hong Kong.
Pada akhir persembahan, Dua Lipa mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang hadir dan berharap mereka akan terus menyokong karier muziknya.
BACA: Dua Lipa Cukup Teruja Tiba Di Kuala Lumpur, Sempat Minum Air Kelapa
Secara keseluruhannya, konsert yang cukup menghiburkan peminat dengan persembahan 17 buah lagu di mana tiga daripadanya merupakan persembahan akustik “New Love”, “Thinking ‘Bout You” dan “Homesick”.
Selain Dua Lipa, konsert turut dijayakan band pengiring yang terdiri daripada William Bowerman (dram), Matthew Carroll (gitar) dan Stats (piano).
Dianggarkan sekitar 2,500 penonton hadir menyaksikan konsert Dua Lipa ini yang dijayakan oleh penganjur IME Asia, Intour Live dan Live Nation, semalam.
Bukan sekadar peminat tempatan, kalangan hard-core fans, antaranya dari Indonesia dan Thailand, turut menyemarakkan lagi kehangatan persembahan penyanyi wanita pertama yang menerima lima pencalonan di Anugerah Brit 2018 itu.

my everything im so happy to see u live again! 2 hours flight from jakarta to malaysia was so worth it. You looked so happy and i'm glad @DUALIPA x pic.twitter.com/nl9hLcWGEl

— (@heavenforgaves) May 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan memuji persembahan penyanyi yang disanjungi itu melalui media sosial.

@DUALIPA your show tonight in Kuala Lumpur was beyond amazing Youe such a beautiful inspiration to us all and I hope you enjoyed your time here as much as we enjoyed having you /p>— (@jeccaquek) May 3, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you @DUALIPA for the amazing & fun show in Kuala Lumpur for your the Self-Titled Tour. You clearly made my night & I am so so excited to see you perform again in Kuala Lumpur. We appreciate you @DUALIPA & we love you. (Mwah) pic.twitter.com/oolT36jijG

— muqri (@muqriazizk) May 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dua Lipa really killed it in performing. She knows how to control her crowd, she communicate with us so well. The best entertainer for me.. This just make me deeply more in love with @DUALIPA Thanks for the awesome concert in Kuala Lumpur /p>— Mio's (@Myradino7627) May 3, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Konsert yang berlangsung di pentas KL Live ini menjadi antara destinasi dalam siri jelajah The Self-Titled sempena promosi albumnya berjudul Dua Lipa yang diterbitkan tahun lalu.
Ini merupakan kali kedua penyanyi keturunan Albania itu beraksi di Malaysia, kali pertama membuat persembahan di Festival Good Vibes, Genting Highlands pada Ogos tahun lalu.
#Dua Lipa #jelajah #jerayawara #KL Live #konsert #Kuala Lumpur #Malaysia #penyanyi Albania #The Self-Titled
;