Persembahan Katy Perry dengan boneka Trump dan Theresa May tarik perhatian
Kohilah Sekaran
Februari 23, 2017 10:28 MYT
Februari 23, 2017 10:28 MYT
Katy Perry dilihat menyindir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri United Kingdom ketika melakukan persembahan di Anugerah Brits, semalam.
PENYANYI Katy Perry dilihat menyindir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri United Kingdom Theresa May ketika melakukan persembahan di Anugerah Brits, semalam.
Penyanyi dari Amerika itu melakukan persembahan dengan dua penari ‘skeleton’ yang berpakaian seperti Trump dan Theresa ketika mereka berdua bertemu di Washington bulan lalu.
Boneka Trump dilihat memakai suit dan tali leher merah yang panjang manakala patung Theresa pula memakai skirt dan jaket berwarna merah.
Perry, yang mempersembah lagu single terbaharunya 'Chained To The Rhythm’ itu pernah berkempen untuk Hillary Clinton pada pilihan raya Amerika Syarikat tahun lepas.
Persembahan itu kemudian menjadi perbualan hangat di media sosial.