Persembahan Justin Timberlake cetus kontroversi

Astro Awani
Februari 7, 2013 11:50 MYT
Kenyataan Justin Timberlake semasa persembahan "Super Bowl" disalah ertikan semasa menyanyikan lagu “Cry Me A River” yang dikatakan menghina bekas kesihnya, Britney Spears.
Menurutnya, seorang lelaki yang sering merasakan dirinya menemui orang yang sempurna namun secara hakikatnya pasangan itu adalah wanita murahan sahaja.
Spekulasi itu tercetus kerana lagu “Cry Me A River” dilancarkan sejurus selepas mereka berpisah pada tahun 2002.
Bagaimanapun, Timberlake memuat naik status di laman Twitternya dengan menyatakan kata-katanya itu bukan ditujukan kepada sesiapa secara khusus.
Kedua-dua selebriti terkenal itu saling mengenali sejak kecil semasa terlibat dalam “Mickey Mouse Club” lalu bercinta selama tiga tahun.
#britney spears #Cry Me A River #Justin Timberlake #Super Bowl
;