Persembahan Judika undang sebak Bunga Citra Lestari

Najmi Syahiran Mamat
Mac 3, 2020 11:29 MYT
Penyanyi Ari Lasso yang juga juri pada malam itu menenangkan Bunga Citra Lestari sambil memeluknya sebagai tanda sokongan. - Gambar Youtube @Afrisyary
SUASANA di pentas akhir Indonesian Idol bertukar pilu apabila penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari menggugurkan air mata di tempat duduk juri dalam pertandingan mencari bakat nyanyian itu.
Ia ketika juri tetap, Judika menyampaikan sebuah lagu baharunya berjudul Tak Mungkin Bersama di hujung rancangan realiti TV itu pada Isnin.
Menerusi laman Instagram (IG) @bclsinclairashraf, BCL kelihatan sebak dan menangis ketika menyaksikan persembahan Judika.
Penyanyi, Ari Lasso, yang juga merupakan juri pada malam itu, dilihat menenangkannya sambil memeluknya sebagai tanda sokongan.
Dalam pada itu, rata-rata penonton yang hadir bangun memberikan tepukan gemuruh sebagai sokongan untuknya yang masih belum pulih sepenuhnya selepas pemergian, suaminya, Ashraf Sinclair.
Terdahulu, BCL dilaporkan mula tampil membuat persembahan di hadapan peminatnya pada Jumaat lalu.
Persembahannya itu, bagaimanapun turut membuatkannya sebak.
BACA: Sebak! Air mata Bunga Citra Lestari gugur semasa kembali lakukan persembahan
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu pada usia 40 tahun.
Allahyarham dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Selain BCL, Allahyarham turut meninggalkan seorang anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
BACA: Ashraf Sinclair meninggal dunia
#Ashraf Sinclair #Bunga Citra Lestari #Indonesia #Indonesian Idol #meninggal dunia
;