Pernah tuduh Hanez Suraya perampas suami orang, peminat tampil minta maaf

Gempak
Ogos 30, 2018 16:02 MYT
Peminat itu memberitahu selepas Hanez berkahwin dan mempunyai anak, dia akui terus berubah menjadi suka kepada Hanez. - Foto IG Hanez Suraya
SEORANG peminat tampil meminta maaf kepada pelakon Hanez Suraya selepas mengakui pernah menuduh pelakon itu perampas suami orang.
Individu yang bernama sebagai Nana tersebut akui kesal dengan perbuatannya kerana pernah menghina serta memburukkan Hanez suatu ketika dahulu.
Hanez mendedahkan mesej permohonan maaf peminat tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya.
“Saya nak minta maaf sebaba saya pernah komen menghina dan memburukkan Kak Hanez di IG sewaktu isu dengan suami Kak Hanez. Kononnya isu perampas.
“Saya tak nak ada dosa dengan sesiapa. Saya tak nak cari Kak Hanez di akhirat kelak,” katanya.
Peminat itu memberitahu selepas Hanez berkahwin dan mempunyai anak, dia akui terus berubah menjadi suka kepada Hanez.
“Selepas dari isu itu, Kak Hanez pun berkahwin dan dikurniakan Putri Aleesya.
“Saya jadi minat dan hilang rasa menyampah dan benci pada Kak Hanez. Maafkan saya,” luahnya lagi.
Bagaimanapun, Hanez memberitahu dia tidak pernah menyimpan dendam kepada sesiapa.
“Tidak pernah saya berdendam dengan sesiapa. Semua manusia ada kesilapan.
“Tidak pernah saya menagih simpati saya menagih simpati dari semua. Saya hanya jadi diri saya dan tidak perlu untuk saya bersuara apa-apa.
“Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun dan Menyayangi,” katanya.
#anak #artis #Hanez Suraya #Instagram #karier #Nana #Putri Aleesya
;