'Pernah dihina dan dicaci, namun ...' - Hanez Suraya
Gempak
Oktober 26, 2018 12:00 MYT
Oktober 26, 2018 12:00 MYT
HANEZ Suraya akui episod hitam yang pernah berlaku pada dirinya membuatkan pelakon ini menjadi lebih matang.
Hanez mengimbas kembali kenangan pahit itu menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
“Saya pernah jatuh, sehinggakan saya kehilangan kerjaya saya. Saya dihina, dicaci tapi itu semua kesilapan dulu dan membuatkan saya menjadi lebih matang.
“Tapi, saya tidak mudah mengalah. Saya cuba usaha untuk perbaiki diri serta usaha untuk menjadi orang yang berjaya.
“Walaupun saya tidak dapat kembali menjadi saya yang lama tapi berubah ke arah yang lebih baik dan Alhamdulillah penerimaan positif dari semua.
“Kini saya berdiri dengan usaha saya dan sentiasa mendapat sokongan dari suami, ibubapa, anak, keluarga, rakan-rakan dan anda semua. Syukur Alhamdulillah~ #hanezshare,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji Hanez kerana berjaya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.