Perkenalan dengan kerabat Selangor buat Neelofa dan Fattah Amin 'berjauhan'?

Gempak
Februari 7, 2017 23:42 MYT
Peminat mula memperkatakan tentang hubungan Neelofa dan Fattah Amin selepas gadis itu mengaku berkawan dengan kerabat diraja Selangor. - Gambar Astro GEMPAK
Nampaknya peminat mula memperkatakan tentang hubungan Neelofa dan Fattah Amin selepas pengacara MeleTop itu mengaku sedang berkawan dengan kerabat diraja Selangor.
Pertemuan dengan pihak media selepas majlis pelancaran koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe untuk jenama hijab miliknya, Naelofar, memberi ruang untuk Neelofa menjawab persoalan mengenai hubungannya bersama Fattah.
Ketika ditanya adakah perkenalan Neelofa dengan kerabat tersebut membuatkan hubungannya bersama Fattah ‘berjauhan’, pelakon drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot itu mempunyai jawapan tersendiri.
“Apa yang terjadi antara saya dan Fattah, saya sahaja yang tahu. Seperti dalam sesi meet and greet yang saya hadiri, apa yang terjadi, anda semua saksikan dan nampak dengan mata sendiri.
“Apa yang saya dan dia lalui dan hadapi, saya sahaja yang tahu dan kami memilih untuk tidak berkongsi dengan orang. Perkara itu terlalu peribadi,” kata Neelofa kepada Astro Gempak.
BACA: Neelofa berkawan dengan kerabat, peminat fanatik #LoFattah tak senang duduk
BACA: Neelofa mengaku sedang berkawan dengan kerabat diraja
Dalam pada itu, Neelofa juga enggan mengulas dakwaan bertemu dengan jejaka berdarah diraja tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur ditemani ibu masing-masing.
“Saya baru sahaja mendengar khabar tersebut. Cerita tersebut adalah antara cerita-cerita yang saya tak mahu ulas. Saya pilih untuk tidak memberikan komen,” katanya lagi.
Tambah Neelofa, hubungan persahabatan yang terjalin antara dia dan kerabat bukan diatur oleh pihak keluarga.
“Tidak. Keluarga juga tidak bertanyakan saya mengenai hal ini. Saya mohon semua pihak berikan saya ruang dan saya tidak mahu ditekan dengan dakwaan yang tidak sepatutnya,” jawab Neelofa ringkas.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#cinta #Fattah Amin #hubungan #kerabat #LoFattah #Neelofa
;