"Perkara penting saya belajar di Big Stage adalah..." - Afieq Shazwan

Gempak
Ogos 21, 2018 21:22 MYT
Menurut Afieq, dia sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak bergantung kepada populariti lagu semata-mata namun turut menitikberatkan aspek penyampaian yang tersendiri.
Penyanyi remaja dan juga peserta Big Stage, Afieq Shazwan, 21, menjelaskan penyesuaian lagu merupakan perkara penting yang dipelajarinya dari pertandingan tersebut.
Menurut Afieq, dia sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak bergantung kepada populariti lagu semata-mata namun turut menitikberatkan aspek penyampaian yang tersendiri.
"Walaupun sesebuah lagu itu disukai ramai, tidak semestinya ia akan sesuai dengan saya, jadi apa yang saya harus lakukan adalah belajar bagaimana menyanyikannya dengan baik.
"Saya harus menampilkan identiti nyanyian tersendiri dalam setiap lagu yang bakal dinyanyikan dalam pertandingan ini," katanya.
BACA: Big Stage: "Afieq Shazwan ada kelebihan sebab ....." - Tajul
BACA: Gaun merah Baby Shima kena gunting sebab terlalu ketat sampai sesak nafas?
BACA: Ariff Bahran mohon maaf, tiada niat sindir Tomok
Afieq ditemui di konsert Big Stage minggu ketiga di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad lalu.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Afieq Shazwan #Astro #Big Stage #konsert
;