Perkahwinan tepi pantai ringkas, magikal Juliana Evans dan suami

Gempak
November 20, 2017 05:38 MYT
Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin kelihatan menawan pada majlis resepsi yang diadakan di The Andaman Resort, Pulau Langkawi.
SABTU lalu telah berlangsung majlis resepsi pelakon cantik Juliana Evans dan suaminya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah di The Andaman Resort, Pulau Langkawi, Kedah.
Majlis resepsi tepi pantai itu berlangsung dengan penuh elegan, ringkas namun magikal.
Juliana menyarung persalinan busana putih rekaan Cosry manakala suaminya kelihatan segak dengan sut lengkap berwarna hitam.
Berlatar belakangkan Laut Andaman majlis resepsi pasangan itu dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat sahaja termasuk keluarga pelakon Liyana Jasmay dan Tiz Zaqyah.
"Hanya majlis ringkas untuk keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja," tulis Juliana menerusi akaun Instagram peribadinya semalam.
#Cosry #Juliana Evans #Kedah #Langkawi #Laut Andaman #Liyana Jasmay #perkahwinan #Perkahwinan Tepi pantai #pulau langkawi #resepsi #Tengku Shariffuddin Shah #The Adaman Resort #Tiz Zaqyah