Perkahwinan Priyanka-Nick dispekulasi bergoncang, tapi sebenarnya...

Agensi
Mac 31, 2019 22:26 MYT
Laporan yang menyatakan rumah tangga Priyanka-Nick sedang dilanda masalah disifatkan sebagai gosip liar yang tidak berasas. - Gambar fail
RASANYA baharu sahaja perkahwinan aktres terkenal Bollywood yang mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra dan suaminya Nick Jonas berlangsung dalam upacara yang gilang gemilang.
Namun, media antarabangsa termasuk Times of India sudah banyak melaporkan tentang kisah hubungan mereka yang retak dan menuju perpisahan.
Salah satu laporan tabloid menyatakan pelakon berusia 36 tahun itu merasakan bahawa perkahwinan gemilang mereka seperti suatu yang sia-sia apabila hubungan kedua-duanya ibarat bergantung pada seutas benang sahaja.
Tidak diketahui puncanya tetapi banyak juga media yang mendapat maklumat daripada sumber terdekat yang menyatakan bahawa keluarga Nick meminta agar ikatan perkahwinan mereka itu segera ditamatkan.
Ada juga sumber yang mengatakan bahawa mereka sebenarnya belum cukup mengenali secara lebih dekat antara satu sama lain memandangkan hubungan cinta mereka terlalu cepat sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.

My first ever #jonasbrothers show. And it was incredible!!! I'm so proud of these guys!! #Family@nickjonas @joejonas @kevinjonas @DeniseJonas @FrankieJonas pic.twitter.com/R2eEP2BGSu

— PRIYANKA (@priyankachopra) March 31, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walau bagaimanapun, ketika gosip perceraian itu hangat, akaun Twitter rasmi Pryanka menunjukkan sebaliknya, Selebriti jelita itu baharu sahaja mengikuti acara persembahan muzik Jonas Brothers dengan turut memuat naik gambar mereka bersama dalam keadaan ceria.
Satu gelombang laporan lain telah menafikan sekeras-kerasnya spekulasi hubungan pasangan berkenaan yang dikatakan umpama retak menanti belah, malah mengesahkan bahawa hubungan mereka masih intim dan mesra seperti biasa.
Priyanka dan Nick telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu dan mereka telah mengadakan upacara persandingan selama tiga hari di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur dengan upacara gabungan tradisi Hindu dan Kristian .
#artis #bersanding #Bollywood #cerai #kawin #keluarga #Media #perkahwinan #rumah #Twitter
;