Perkahwinan Priyanka Chopra, Nick Jonas bukan lakonan! - Joe Jonas
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 8, 2018 16:54 MYT
Disember 8, 2018 16:54 MYT
PENYANYI Joe Jonas berang dengan tuduhan sebuah majalah hiburan antarabangsa yang mendakwa perkahwinan adiknya, Nick Jonas dan pelakon, Priyanka Chopra hanyalah lakonan semata-mata.
Menerusi kenyataan di Twitter, Joe menempelak majalah The Cut dengan menyatakan kisah percintaan antara pasangan itu bukan palsu.
Susulan komen tersebut, penulis artikel berkenaan, Mariah Smith menerusi Twitternya memohon maaf terhadap pasangan tersebut selain artikelnya turut ditarik semula.
Bukan hanya Joe, tunangnya, Sophie Turner turut mengkritik majalah tersebut susulan dakwaan tidak berasas tersebut.
Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan artikel yang diterbitkan majalah tersebut dan menyifatkan perkahwinan pasangan tersebut sebagai indah lebih-lebih lagi apabila dua budaya disatukan.
GALERI FOTO: Penyatuan dua hati.. Priyanka Chopra dan Nick Jonas
Nick dan Priyanka disatukan dalam majlis gilang-gemilang di India pada 2 Disember lalu.