'Pergilah Siti Sarah, kami menyusul nanti' - Peminat, rakan artis ucap takziah

Astro Awani
Ogos 8, 2021 07:43 MYT
Bukan sahaja kalangan peminat, malah ramai mengakui terkesan dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah.
KUALA LUMPUR: Enam tahun menanti kehadiran zuriat keempat, namun kuasa Tuhan siapa yang mampu menghalang.
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 36, meninggal dunia pada Jumaat selepas melahirkan bayinya akibat jangkitan COVID-19.
BACA: Siti Sarah meninggal dunia
Bagi peminat, rasa tidak percaya masih menyelubungi biarpun selepas perkhabaran daripada suami Sarah, Shuib, semalam yang keadaan isterinya semakin kritikal.
Lebih sayu, pemergian Allahyarham meninggalkan empat anak yang masih kecil termasuk bayi yang baru dilahirkan.
Bukan sahaja kalangan peminat, malah ramai mengakui terkesan dengan pemergian bintang besar industri muzik tempatan itu.

Rehat lah Siti Sarah, kami semua akan pergi mengikutmu satu hari nanti. Rehat lah di tempat yang sebenar, dunia ni hanya sementara.

— HermyR (@HermyRahim) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pemergian Siti Sarah sangat memberi impak pada semua orang. Even kenal arwah hanya sbg seorang artis tapi dihayat terakhir arwah Allah sebarkan kebaikkan yg telah dilakukan. Pemergian yang sgt dicemburui. Al-Fatihah

— nuramirafardzi | (@nuramirafardzi) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

idk why pemergian arwah siti sarah buat i rasa sebak , pilu sedih sangat . terbayang muka anak anak dia yang tunggu kepulangan ibu balik tapi Allah lebih sayangkanNya . semoga ditempatkan di kalangan org beriman serta syurga buatmu aminn Al-fatihah

— Dinasour (@dinasourez) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

rasa macam tak percaya siti sarah dah takde. ya allah. syurga buatnya. inalillah. al fatihah

— embun karina (@embunkarinapoet) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Im crying. Dont know why. Kematian Sarah hit me. Salam Takziah. Insha Allah syurga buatmu Siti Sarah Bt Raissuddin. Al-Fatihah.

— Jassa Li (@myjassaramli) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terkesan ye dgn pemergian Siti Sarah ni, padahal kita semua bukan rapat pun dgn dia tapi tetap rasa kehilangan dia

— Nini (@ina1306) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah, woke up to a news that Siti Sarah passed away and i'm honestly still...in shock. Terdiam. It's like so soon and just like that...she's gone forever Her passing hits different. She's indeed a good person and a fighter. Syurga buatnya, ya Rabb.

— Sarah Mustafa (@srhmstfa_) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kalangan rakan artis, tentunya pemergian Allahyarham memberi kesan mendalam terutama mereka yang pernah dan sering bekerjasama dengannya.

Sedih dan pilu dgn pemergian permata seni suara. Kesudahan mu amat amat amat memilukan dik. Moga Allah cucuri RahmatNya ke atas roh mu dan berikan kekuatan kepada seluruh keluargamu. Salam takziah shuibsepahtu dan anak2 dan moga dipermudahkan segala urusan mu. Al fatihah... pic.twitter.com/MD4sSX6h3X

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semoga Allah tempatkanmu bersama pejuang pejuang solehah . Selamat jalan ke negeri abadi. Kami akan menyusulmu nanti . We gonna miss you Sarah https://t.co/r4PJ5iVXXA

— ella aminuddin (@EllaAminuddin) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
[TERKINI] Takziah: Siti Sarah meninggal dunia akibat COVID-19
#Siti Sarah #COVID-19 #meninggal dunia #bayi #Instagram #rakan artis #peminat #jangkitan #Adibah Noor #Faizal Tahir
;