"Pergh, macam gaji saya setahun!" - Netizen terkejut tengok yuran sekolah anak Aliff Syukri

Gempak
Ogos 30, 2018 18:26 MYT
Aliff Syukri berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya. -Gempak
JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akui bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman sekarang apabila kos untuk yuran sekolah anaknya semakin meningkat.
Aliff Syukri berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Aliff turut menayang jumlah yuran sekolah anaknya sebanyak RM34,359.
“Bukan senang nak besarkan anak zaman skrg kos makin tinggi..belum masuk class mengaji, baking, renang... ekonomi kenapa lah sloww skit di malaysia.. abah kena kerja kuat lagi nak bayar yuran anak sekolah utk 4bulan .. abah harap anak2 abah hargailah penat abah dan mama cari duit,” tulisnya.
Bagaimanapun perkongsian itu telah membuat ramai netizen terkejut serta mempertikaikan jumlah yuran sekolah yang dibayarnya.
Malah rata-rata netizen berpendapat jumlah yang dibayar itu terlalu banyak sehingga ada yang menyamakan dengan jumlah setahun gaji mereka.
“Perh, macam gaji saya setahun.
“Gila..sekolah apa yuran smpai 34k 4 bulan.. Universiti atau sekolah? Atau sekolah International. Bapak ahh? Macam melabur atas kapal persiaran 34k
Pendapatan saya setahun pun tak smpai 30k..hehe hargailah jasa mak ayah,” antara komen netizen.
Selain itu, ada juga yang telah menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk berjaya dan menjadi kaya.
#Aliff Syukri #Instagram #jumlah setahun gaji #universiti #yuran sekolah
;