"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok, macam tak percaya" - Fizo Omar
Gempak
Januari 1, 2018 05:19 MYT
Januari 1, 2018 05:19 MYT
PELAKON Fizo Omar akui pengalaman melihat sendiri proses isterinya, Mawar Karim melahirkan cahaya mata pertama mereka sesuatu yang sukar dipercayai.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Fizo berkongsi momen-momen Mawar berada di dalam bilik pembedahan melahirkan bayi perempuannya.
Fizo memberitahu dia tidak dapat menggambarkan perasaannya saat melihat doktor membelah perut isterinya di depan matanya secara langsung.
Ia bagaikan satu magika apabila dia berpeluang melihat anaknya keluar dari perut Mawar selepas empat tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Air mata Fizo terus mengalir selepas melihat doktor mengeluarkan bayinya keluar dari perut isterinya dan terus terpaku dengan keajaiban itu.
Fizo berkata air matanya mengalir deras apabila mendengar bayinya menangis lebih kuat.
Saat yang dinanti-nantikan ketika itu mengazankan zuriatnya sendiri.
Berikut merupakan cerita penuh pengalaman Fizo yang dikongsi:
Foto: Instagram Fizo Omar
Teks oleh: Syafiqah Jalal