Penyanyi utama kumpulan Bon Jovi tarik diri

Astro Awani
April 7, 2013 08:23 MYT
Richie Sambora mengambil keputusan untuk menarik diri dari jejalah kumpulan Bon Jovi atas isu peribadi.
Pemuzik berusia 53 tahun ini juga tidak tersenarai dalam persembahan Bon Jovi di Calgary, Alberta.
Laman web rasmi kumpulan ini membuat kenyataan, Sambora sudah menarik diri dan tidak dapat dipastikan sama ada dia akan menyambung jelajah pada masa lain.
Bagaimanapun menerusi laman Twitter miliknya, Sambora menulis dia berada dalam keadaan baik dan sihat.
Sambora kerap memasuki pusat pemulihan kerana ketagihan alcohol dan penyalah gunaan preskripsi ubat-ubatan.
Konsert jelajah Bon Jovi singgah di beberapa destinasi Amerika termasuk Los Angeles, Denver dan Las Vegas sebelum diteruskan ke Afrika Selatan.
#bon jovi #Calgary #konsert jelajah #Richie Sambora
;