Penyanyi terkenal Irene Cara ditemui mati di kediaman
Agensi
November 26, 2022 23:44 MYT
November 26, 2022 23:44 MYT
PENYANYI dan pelakon yang pernah memenangi Anugerah Akademi, Irene Cara ditemui mati di dalam rumahnya di Florida, pada Sabtu.
Cara, 63, penyanyi hit 'Flashdance... What A Feeling' yang memperoleh Oscar pada 1984, disahkan meninggal dunia oleh pegawai publisitinya, Judith Moose.
"Dengan rasa sedih yang mendalam, bagi pihak keluarganya saya mengumumkan pemergian Irene Cara.
"Punca kematiannya pada masa ini tidak diketahui dan akan dikeluarkan apabila maklumat tersedia," kata Moose dalam satu kenyataan, yang dilaporkan Dailymail UK.
Moose mengeluarkan kenyataan itu susulan ramai peminat tidak mempercayai berita kematian Cara, susulan baru-baru ini tular penyebaran berita palsu mengenai kematiannya.
Moose juga menegaskan: "Pengesahan pada hari Sabtu adalah benar. Kami semua terkejut," katanya.