Penyanyi terkenal Indonesia, Anji ditahan polis kerana dadah

Agensi
Jun 14, 2021 13:11 MYT
Anji atau nama sebenarnya, Erdian Aji Prihartanto ditahan Polis Metro Jakarta Barat di sebuah studio rakaman di kawasan Cibubur, Jakarta Timur pada lewat petang Jumaat lalu. - Gambar Instagram
JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Anji ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
Anji atau nama sebenarnya, Erdian Aji Prihartanto ditahan Polis Metro Jakarta Barat di sebuah studio rakaman di kawasan Cibubur, Jakarta Timur pada lewat petang Jumaat lalu.
Ketika ditahan, bekas vokalis kumpulan Drive itu keseorangan selain sejumlah dadah jenis ganja turut dirampas polis.
Selepas meninggalkan kumpulan Drive, Anji beralih sebagai penyanyi solo selain aktif mencipta lagu.
Ketika ini, Anji difahamkan masih berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Jakarta Barat.
Artis berkenaan juga menjalani pemeriksaan kesihatan pada pagi Isnin.
#Anji #penyanyi Indonesia #kumpulan Drive #Dadah #ganja
;