Penyanyi rap AS mati ditembak ketika beli biskut
Astro Awani
November 18, 2021 12:32 MYT
November 18, 2021 12:32 MYT
WASHINGTON: Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Young Dolph ditembak mati ketika berada di dalam sebuah kedai biskut di Memphis, Tennessee pada Rabu.
Dolph, 36, dilapor meninggal dunia di kedai Makeda's Homemade Butter Cookies, Memphis selepas ditembak suspek dipercayai dari dalam sebuah kereta.
Polis memaklumkan suspek masih belum dikenal pasti.
Artis kelahiran Chicago itu yang nama sebenarnya Adolph Robert Thornton popular dengan lagu seperti "Major" dan album "Rich Slave".
Dolph hampir terbunuh sebelum ini dalam satu kejadian tembakan di Los Angeles pada tahun 2017.