Penyanyi rap Mac Miller meninggal dunia
Agensi
September 7, 2018 06:59 MYT
September 7, 2018 06:59 MYT
PENYANYI rap terkenal Amerika Syarikat, Mac Miller, ditemui mati di rumahnya di California, menurut laporan agensi berita Amerika Syarikat.
Laporan tersebut turut menyatakan penyanyi berusia 26 tahun itu meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah.
Miller, atau nama sebenarnya Malcolm James McCormick, meniti populariti selepas album pertamanya menduduki carta AS pada 2011.
Rekod terakhirnya, Swimming, dikeluarkan awal tahun ini.
Miller didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak putus cinta dengan penyanyi terkenal, Ariana Grande.
Dalam beberapa siri temubual dengan portal atas talian TMZ sebelum ini, Miller pernah memberi bayangan dia tertekan dengan kehidupannya sebagai seorang pemuzik.