Penyanyi rap DMX meninggal dunia

Astro Awani
April 9, 2021 20:49 MYT
DMX, atau nama sebenarnya Earl Simmons, meninggal dunia akibat serangan jantung. -AP
PENYANYI rap dan juga pelakon terkenal Amerika Syarikat (AS) DMX meninggal dunia pada usia 50 tahun.
Difahamkan DMX, atau nama sebenarnya Earl Simmons, meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor BBC.
Keluarga DMX mengesahkan berita tersebut melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil media.
"Dengan penuh dukacitanya kami mengumumkan hari ini orang yang kami sayangi, DMX, nama kelahiran Earl Simmons, meninggal dunia pada usia 50 tahun di White Plains Hospital bersama keluarga di sisinya setelah berada dalam sistem sokongan nyawa selama beberapa hari terakhir .
"Earl adalah seorang pejuang yang berjuang hingga ke akhir.
"Dia mengasihi keluarganya dengan sepenuh hati dan kami hargai setiap saat yang kami luangkan bersamanya.
"Muzik Earl memberi inspirasi kepada banyak peminat di seluruh dunia dan legasi ikoniknya akan terus kekal.
"Kami hargai semua kasih sayang dan sokongan selama tempoh yang sangat sukar ini.
"Kami minta semua agar menghormati privasi kami kerana kami bersedih atas kehilangan saudara, ayah, pak cik dan lelaki yang dunia kenali sebagai DMX.
"Kami akan berkongsi maklumat mengenai majlis peringatannya setelah butirannya diperincikan."
Beberapa rakan artis, atlet dan selebriti turut memberi penghormatan kepadanya di media sosial pada Jumaat.

My childhood and love for music would not have been the same without this man. DMX was easily my favorite artist growing up. I had every album, every ruff Ryder song, followed any artist he endorsed. Man....RIP the dog. There will never be another like him. pic.twitter.com/2fp2S695Az

— Chris Redd (@Reddsaidit) April 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DMX gave hope to the hopeless.. RIP legend

— Jamal Crawford (@JCrossover) April 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

RIP DMX.

— DJ Akademiks (@Akademiks) April 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, DMX dilapor dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan di unit jagaan kritikal di sebuah hospital di White Plains, New York.
BACA: Penyanyi rap DMX dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal
#DMX #artis meninggal dunia #penyanyi rap meninggal dunia #serangan jantung #White Plains Hospital #Earl Simmons