Penyanyi R Kelly dipenjara 30 tahun
Astro Awani
Jun 30, 2022 10:30 MYT
Jun 30, 2022 10:30 MYT
NEW YORK: Penyanyi R&B, R Kelly dihukum penjara 30 tahun susulan sabitan berkaitan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita.
Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, sebelum ini dituduh menggunakan status selebritinya, untuk mengumpan wanita menjadi mangsa.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'I Believe I Can Fly' itu, disabitkan kesalahan September lalu atas jenayah penyeludupan seksual.
Peguam Kelly memaklumkan penyanyi itu akan mengemukakan rayuan.
Dalam perbicaraan sebelum ini, puluhan wanita tampil memberi keterangan atas perbuatan Kelly.
Sebahagian mangsa dijanjikan peluang untuk menjadi terkenal.
Mahkamah juga diberitahu Kelly memperoleh dokumen palsu untuk mengahwini penyanyi Aaliyah, ketika dia berusia 15, pada 1994, enam tahun sebelum kematiannya.
Kelly merupakan antara individu ternama disabitkan dengan jenayah seksual, ketika pergerakan #metoo.