Penyanyi pernah palsukan diri hidap kanser, ditemui tidak bernyawa di rumah
Gempak
Jun 22, 2023 08:00 MYT
Jun 22, 2023 08:00 MYT
DUNIA seni Korea Selatan terus menerima khabar mengejutkan apabila seorang lagi selebriti dilaporkan meninggal dunia.
Ini merupakan berita kematian kedua yang terjadi dalam tempoh seminggu, dengan kedua-duanya didakwa merupakan kes bunuh diri.
Media tempatan melaporkan penyanyi Chong Sung Bong ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 21 Jun 2023.
Penyanyi berusia 33 tahun itu disyaki mengambil nyawanya sendiri selepas meninggalkan pesanan di YouTube, memberitahu dia akan melakukan sebuah keputusan yang agak ekstrim.
Bagaimanapun pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kematian Sung Bong.
Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea’s Got Talent pada tahun 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita sakit kanser atau barah.
Ia mencetuskan kemarahan selepas ramai yang terpedaya dengan memberikan derma kepadanya selepas Sung Bong pernah membuat kutipan dana untuk membiayai rawatan penyakitnya yang sangat mahal.