Penyanyi Meat Loaf, 74, meninggal dunia
Astro Awani
Januari 21, 2022 16:16 MYT
Januari 21, 2022 16:16 MYT
PENYANYI Meat Loaf, yang sinonim dengan lagu I'd Do Anything For Love dilaporkan meninggal dunia pada malam Khamis.
Pemergiannya disahkan oleh agennya Michael Greene, namun punca kematian masih tidak dapat dikenal pasti, setakat ini.
Pemenang Anugerah Grammy berkenaan, yang nama penuhnya, Michael Lee Aday, didakwa meninggal dunia disamping isteri tercinta, Deborah.
Greene juga berkongsi, kedua anak perempuannya, Pearl dan Amanda berada di sisi ayah tercinta sebelum Meat Loaf menghembuskan nafas terakhir.
Dalam satu kenyataan, keluarga Meat Loaf berkata, pemergian penyanyi terkenal itu tiada galang gantinya.
"Kami sedar betapa bermaknanya beliau kepada peminat-peminatnya dan kami amat menghargai kasih sayang dan sokongan ketika ini.
Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan produser muzik yang bermula pada tahun 1968, Meat Loaf pernah berkolaborasi dengan ramai penyanyi popular termasuk Celine Dion.