Penyanyi M. Daud Kilau dikejarkan ke hospital selepas alami sesak nafas

Astro Awani
November 12, 2020 21:47 MYT
Penyanyi itu yang sinonim dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' sebelum ini dilaporkan pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan, pada Khamis selepas mengalami sesak nafas.
Memetik laporan portal Utusan Online, anak lelakinya, Ahmad Zaini berkata, bapanya dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang selepas mengadu sesak nafas sejak malam Rabu.
Katanya, bapanya yang berusia 83 tahun kini berada dalam keadaan stabil namun lemah, menurut portal itu.
Penyanyi itu yang sinonim dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' sebelum ini dilaporkan pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.
Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terbaharu penyanyi itu.
#M Daud Kilau #Hospital Teluk Intan #sakit dada #sesak nafas #penyanyi veteran #Cek Mek Molek #Gila Judi
;