Penyanyi legenda Joe Cocker meninggal dunia
Agensi
Disember 23, 2014 01:59 MYT
Disember 23, 2014 01:59 MYT
Joe Cocker, penyanyi soul bersuara serak basah dari Britain, meninggal dunia pada Isnin di usia 70 tahun akibat kanser paru-paru.
Pemenang Grammy yang popular melalui nyanyian semula lagu-lagu the Beatles, seperti "With A Little Help From My Friends" dan "Your Are so Beautiful" mulai diminati setelah lagu "A Little Help From My Friend" menduduki carta teratas lagu-lagu popular pada tahun 1968.
Pada 1982, kariernya sebagai penyanyi kian menyerlah melalui lagu duet bersama Jennifer Warners "Up Where We Belong" daripada filem "An Officer and A Gentleman."
Cocker sepanjang kariernya telah merakam sebanyak 22 album, termasuk album terakhir Fire It Up yang diterbitkan pada tahun 2012.