Penyanyi lagenda blues BB King meninggal dunia

Astro Awani
Mei 15, 2015 16:47 MYT
Sekitar tahun 50an, King terkenal dengan lagu seperti The Thrill is Gone dan How Blue Can You serta petikan unik gitarnya.- Foto AFP
Raja irama blues, BB King meninggal dunia pada usia 89 selepas 20 tahun menderita penyakit diabetes tahap 2.
Sekitar tahun 50an, King terkenal dengan lagu seperti The Thrill is Gone dan How Blue Can You serta petikan unik gitarnya.
King atau nama sebenarnya Railey B King menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Las Vegas.
King semasa hayatnya pernah menghasilkan 43 album dan mengadakan 250 konsert setahun sehinggalah yang terakhir adalah pada tahun 2014.
Penyanyi yang berasal dari Mississippi ini pernah berada di tangga ke enam, dalam senarai 100 pemain gitar terbaik abad ini oleh majalah Rolling Stone pada tahun 2011.
Telah berkahwin dua kali, King meninggalkan 15 anak dan 50 orang cucu.
#BB King #blues #meninggal dunia
;