Penyanyi, komposer Arab meninggal dunia
Astro Awani
November 12, 2016 12:44 MYT
November 12, 2016 12:44 MYT
Penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Seremban pada jam 3 pagi tadi.
Perkara ini dimaklumkan melalui status Facebook sepupunya, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu.
Arab sinonim dengan kumpulan duo, Arab & Aidit yang pernah lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan pernah menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Labis, Johor selepas solat Asar hari ini.
Syed Azlan pernah menjadi pegawai Artiste and Repertoire (A&R) dengan Universal Music selepas meninggalkan karier nyanyiannya.