Penyanyi John Legend 'berperang' dengan anak Donald Trump
Madiha Abdullah
Mac 13, 2016 17:30 MYT
Mac 13, 2016 17:30 MYT
RASANYA tidak keterlaluan jika dikatakan penyanyi terkenal antarabangsa, John Legend tidak akan mengundi calon Republikan, Donald Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Penyanyi yang juga seorang komposer dan penerbit itu semalam terlibat dalam 'perang Twitter' dengan anak lelaki Trump, Trump Jr.
Ia bermula dengan twit ini, apabila Trump Jr. menyindir kumpulan pelajar yang terbabit dalam tunjuk perasaan di Universiti Illinois, di mana satu perhimpunan menyokong bapanya diadakan.
Dengan respon sinis, Legend berkata:
Seolah-olah terkejut dengan reaksi Legend, Trump Jr. mempertahankan bapanya dan menafikan dakwaan pelantun lagu 'All of Me' itu.
Kata anak sulung Trump itu, adalah tidak rasional untuk meletakkan isu perkauman dalam setiap masalah yang berbangkit.
Twit Legend itu menimbulkan kemarahan penyokong Trump, malah ada yang menuduhnya sebagai memalukan dan tidak berpendidikan.
Namun Legend membalas dengan membawa perhatian mereka kepada fakta bahawa dia dan Trump Jr. adalah graduan dari universiti yang sama, iaitu Universiti Pennsylvannia.
Legend bukan orang pertama yang melabel Trump sebagai rasis. Sebelum ini, bekas presiden Mexico, Vicente Fox turut membuat dakwaan yang sama.
Trump, dalam kempen pilihan rayanya, dilihat sering membuat 'serangan' ke atas masyarakat Islam dan Latin.