Penyanyi Indonesia Tegar kini bergelar bapa

Asyraf Roslan
Oktober 26, 2020 23:27 MYT
Tegar Septian dan isteri, Sarah Sheilka telah selamat menyambut kelahiran anak sulung. -Instagram / tegar_official
Penyanyi Indonesia, Tegar Septian dan isteri selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh penyanyi tersebut menerusi Instagram Story miliknya pada Isnin.
Tegar, 19, dan isteri , Sarah Sheilka, 23, dikurniakan seorang bayi lelaki.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang" itu telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu.
Selepas dua bulan disatukan, Tegar memaklumkan bahawa dia sudah bersedia menjadi seorang bapa dan memberitahu bahawa isterinya sudah hamil anak pertama.
#Tegar #bayi lelaki #Sarah Sheilka #instagram story #anak sulung #Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang #penyanyi Indonesia