Penyanyi Bollywood Bappi Lahiri meninggal dunia

Bernama
Februari 16, 2022 22:09 MYT
Bappi Lahiri meninggal dunia pada usia 69 tahun di hospital Mumbai. -Facebook bappilahiri
NEW DELHI: Komposer muzik dan penyanyi Bollywood Bappi Lahiri meninggal dunia pada usia 69 tahun di hospital Mumbai.
Lahiri sebelum ini menjalani rawatan dikenali OSA (obstructive sleep apnea) dan jangkitan pada paru-paru.
Beliau dibenarkan pulang dari hospital pada Isnin selepas sebulan dirawat namun dimasukkan semula ke hospital pada Selasa.
Lahiri pernah dijangkiti COVID-19 tahun lepas.
Penyanyi itu, yang mempopularkan muzik disko pada 1980-an dan 90-an, sering tampil memakai rantai emas yang terlalu sarat.
Dilahirkan di Bengal Barat, Lahiri pernah bertanding di kerusi Parlimen di negeri kelahirannya sebagai calon Parti Bharatiya Janata (BJP) pada pilihan raya umum 2014 tetapi tewas.
-- BERNAMA
#Bollywood #Bappi Lahiri #obstructive sleep apnea #jangkitan paru-paru