Penyanyi Aishah 'mengamuk': 'Banyak duit agaknya Mamat ni...'

Sinar Harian
Mac 29, 2018 21:06 MYT
Pelantun lagu 'Janji Manismu' ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia masih berterusan. - Foto IG @Aishah
PENYANYI terkenal, Aishah berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan namanya.
Lebih memburukkan lagi, katanya, kenyataan itu membabitkan hal-hal politik.
"Berita palsu begini sangat merbahaya dan boleh merosakkan reputasi I.
"So, selagi nama tertera di atas tidak membuat apa-apa kenyataan sebaliknya I anggap ini penyebaran berita palsu," tulisnya di Instagram (IG).
Malah, pelantun lagu Janji Manismu ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia masih berterusan.
"Banyak duit agaknya mamat ni suka suki ja buat statement palsu. Awal tahun lagi dah ada syarikat cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi.
"Mungkinkah mamat ini akan jadi pihak kedua yang kena keruk dalam-dalam poketnya untuk bayar pampasan.
"... dan tindakan susulan akan diambil. I tak support penyamun-penyamun duit rakyat OK ... hahaha sendiri mahu faham," kongsinya lagi.
Awal tahun ini, juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini bengang apabila mengetahui ada syarikat makanan tambahan menggunakan nama dan wajahnya tanpa keizinan dalam mempromosikan produk mereka.
#Aishah #berita palsu #fake news #Gegar Vaganza #GV4 #Instagram #janji manismu #produk #rakyat
;