Penyampai radio Prem Shanker rasai kesakitan bersalin

Syafique Shuib
Ogos 25, 2015 22:38 MYT
Juruhebah stesen radio Mix FM Prem Shanker menyahut cabaran untuk merasai simulasi kehamilan dalam segmen Mix Breakfast Show Life Swap. - Sumber Foto Facebook/Mix FM
Dapatkah anda menggambarkan kesakitan untuk bersalin?
Deejay radio Mix FM (94.5FM) Prem Shanker mahu merasainya apabila beliau menyahut cabaran untuk merasai detik-detik kehamilan dalam satu program simulasi yang diperkenalkan dalam segmen berjudul, 'Life Swap' baru-baru ini.
Video pengalaman Prem dikongsi di akaun YouTube milik stesen radio itu dan bermula dengan juruhebah popular itu memakai pakaian khas kehamilan.
“Saya mahu anda memakai pakaian khas kehamilan ini dan merasai proses bersalin sebab saya mahu anda rasai apa yang wanita rasai ketika mereka bersalin,” kata deejay radio Mix FM dan rakan setugasnya, Aishah Sinclair.
Prem Shanker ketika 'bersalin'. - Gambar: Facebook/Mix FM
Namun, keadaan lebih mencabar ketika Prem tiba di Pusat Perubatan Sunway di Selangor apabila mesin untuk merangsang kesakitan melahirkan anak digunakan.
Prem terus tidak dapat menahan kesakitan itu.
“Saya bangga dengan awak,” kata Aishah penuh emosi.
Bagi mengakhiri segmen ‘Life Swap’, Prem berkata ia satu pengalaman yang menarik.
“Ia merupakan satu perjalanan penuh dengan emosi. Ia amat seronok dan kita belajar banyak perkara. Bukan senang untuk menjadi wanita.
"Ia bayi perempuan," kata Aishah sambil berjenaka. -Gambar: Facebook/Mix FM
“Dua minggu lepas saya berkata menerusi radio nasional bahawa kehidupan wanita amat mudah. Saya tarik balik kenyataan itu dan saya minta maaf,” kata Prem.
Segmen Life Swap bertujuan untuk mengetahui jantina mana yang mempunyai kehidupan yang lebih mudah.
Pada tempoh dua minggu, Prem dan Aishah menukar kehidupan mereka dan menyahut pelbagai cabaran.
#Aishah Sinclair #Mix FM #Prem Shanker
;