Penyampai JoHaRa Pagi Era pohon maaf atas komen 'cap ayam'

Aizat Sharif
Ogos 26, 2013 08:56 MYT
Penyampai Radio ERA FM bagi segmen, JoHaRa Pagi Era, Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray memohon maaf secara rasmi atas komen ‘cap ayam’ yang dilontarkan oleh mereka kepada Juara Liga Premier Malaysia, pasukan bolasepak Sarawak minggu lalu.
Dalam permohonan maaf mereka, Johan, Hanif dan Ray memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada penyokong pasukan bolasepak Sarawak kerana menyinggung perasaan mereka.
“Kami di JoHaRa Pagi Era memohon maaf atas keterlanjuran atas kata kata kami. Kami tiada niat untuk menyinggung penyokong Sarawak FA dam kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita,” kata JoHara ketika bersiaran pada jam 8.30 pagi tadi.
Malah, dalam Twitter ERAVAGANZA, juga telah dilampirkan juga aplikasi 'Soundcloud' permohonan maaf dari dari Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray.

Berikut adalah permohonan maaf JoHaRa kepada semua penyokong Sarawak yang telah disiarkan di ERA fm pada jam 8:38... http://t.co/yx21luSaWM

— ERAVAGANZA 31.08 (@ERA_fm) August 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, beberapa pengguna Twitter juga berharap agar dengan permohonan maaf ini, isu tersebut tidak diperbesarkan lagi dengan pelbagai ancaman termasuk ancaman bunuh kepada trio JoHaRa seandainya mereka melawat Sarawak.

Personally, I think @RayCIHU @HaniffERA @JohERAJohERA were gentlemen to apologise the issue. Are fans apologising for death threats?

— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) August 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gd job #JoHaRa.. It takes great pride to admit mistake & apologise.. We r proud of you.. We will always support uollz.. @ERA_fm

— Sayang Dsayang (@JozannerzDsyg) August 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cayak la ERA dan team Johara.. Life goes on people.. #johara @ERA_fm

— Hanim (@Hayusha08) August 26, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan kontroversi itu dikeluarkan setelah Sarawak tewas 1-2 kepada Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia minggu lalu.
Penyampai berkenaan didakwa telah mengeluarkan komen bahawa pasukan Sarawak yang menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.
Malah mereka juga menyifatkan Sarawak adalh pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya mampu bermain di peringkat Liga Perdana.
#Era FM #Johara #mohon maaf #Sarawak