Penyampai berita Astro AWANI Ashwad Ismail, Raja Nadia selamat bernikah

Gempak
Mei 1, 2015 08:12 MYT
Penyampai berita Astro AWANI, Ashwad Ismail selamat bernikah dengan penerbit stesen radio ERA.fm, Raja Nadia Salwana pagi tadi.
Penyampai berita Astro AWANI Ashwad Ismail, 30, dengan sekali lafaz telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Raja Nadia Salwana atau lebih dikenali sebagai Nana, yang juga merupakan penerbit kepada stesen radio ERA fm.
Pasangan ini telah selamat bernikah sekitar jam 10.18 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Menariknya tentang pasangan ini, kedua-dua mereka telah bertemu jodoh di atas minat masing-masing terhadap sukan tenis.
Tahniah dari kami dan semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dengan sekali lafaz @ashwadismail sah menjadi suami @RajaNadia #AshNana pic.twitter.com/CakoWfGX8G

— HilalAzmi (@HilalAzmi) May 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ashwad Ismail #perkahwinan #pernikahan #Raja Nadia Salwana