Penulis veteran KS Maniam meninggal dunia akibat kanser
Gempak
Februari 19, 2020 05:55 MYT
Februari 19, 2020 05:55 MYT
Ahli akademik dan penulis veteran KS Maniam, 78, menghembuskan nafas terakhirnya sekitar tengah hari Rabu, akibat penyakit kanser, di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Pemergian KS Maniam itu telah meninggalkan seorang isteri, dua anak dan dua cucu.
Untuk makluman, Maniam merupakan satu nama yang tidak asing dalam karya penulisan dan sastera.
Hasil kerjanya banyak diguna pakai di sekolah mahupun universiti tempatan.
Malah, Maniam pernah dinobatkan pemenang Anugerah Raja Rao iaitu sebuah anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penulis di Asia Tenggara.
Maniam telah menerbitkan karya pertamanya 55 tahun yang lalu ketika dia berusia 22 tahun.
Berikut merupakan video Maniam mendedikasikan sajak hasil karyanya berjudul The Unborn yang diterbitkan oleh Astro Ulagam pada Jun 2019.
Sumber: Astro Ulagam
#kanser
#KS Maniam
#meninggal dunia
#penulis
#penulisan
#pusat perubatan universiti malaya
#sajak
#sastera
#sasterawan
#sekolah
#universiti